RSS

60 Earth Hour FAQ!


Berikut adalah penterjemahan Soal Banyak Kali (Frequently Asked Questions) tentang 60 Earth Hour yang saya tulis dan olah semula sesuka hati saya khas untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu.


Ape korang buat ni weh?
Bermula dengan sebuah bandar di Australia, kempen tutup suis lampu selama sejam ni dah tersebar ke bandar-bandar seluruh dunia antaranya Los Angeles, Las Vegas, London, Hong Kong, Rome Manila, Oslo, Cape Town, Warsaw, Lisbon, Singapore, Istanbul, Mexico City, Toronto, Dubai dan Copenhagen. Dan tahun ini, Malaysia juga akan turut bergelap pada hari Sabtu ini dan Perdana Menteri kita akan melancarkan sendiri kempen menutup suis lampu ini.

Kenapa kena tutup lampu weh?
Menutup lampu merupakan cara paling mudah untuk menyatakan sokongan untuk menghalang Pemanasan Global berlaku di planet kita. Pemanasan Global adalah sebuah ancaman yang terbesar dihadapi oleh penduduk bumi. Kita terlalu bergantung kepada kuasa elektrik yang dijana oleh tenaga asli (pembakaran bahan fosil) menyebabkan suhu bumi meningkat dan akhirnya memberi akibat lain seperti kenaikan paras air laut, pertambahan kemarau dan ribut, dan perubahan cuaca yang mendadak.

Selepas revolusi industri di Eropah. manusia lebih giat menjalankan aktiviti-aktiviti perindustrian sehingga mengambil jalan mudah menggunakan tenaga fosil untuk menjana aktiviti mereka. Kajian dan aplikasi tenaga wap yang bersih dan selamat terus ditinggalkan dan ahli-ahli saintis mengenai kajian tenaga wap (steampunk) kini hanya menjadi cerita fiksyen di dalam komik. Bahan kajian mereka hanya dipamerkan untuk konvensyen tahunan sesama mereka. Negara China yang kini sedang membangunkan sektor perindustrian mereka merupakan penyumbang terbesar pelepasan karbon dioksida kepada bumi iaitu sebanyak 70% melalui loji arang batu mereka (http://www.greenbiz.com/news/2009/02/25/china-co2-rise-exports). Negara itu telah meletakkan kesalahan terhadap revolusi industri Eropah dengan berpendapat bahawa "kemajuan yang dikecapi oleh Eropah hari ini merupakan hasil kerosakan yang mereka lakukan semasa revolusi industri, dan kali ini adalah giliran kami untuk maju" (source die dah hilang link..huhu sori).


Tutup lampu je boleh selamatkan bumi? Ko biar betul?
Seperti yang dijelaskan tadi, menutup lampu merupakan cara paling mudah untuk menyatakan sokongan terhadap pucuk pimpinan parti...err kempen menyelamatkan bumi. Apa yang paling penting adalah kesedaran terhadap kerosakan yang manusia lakukan hanya dengan memilih untuk menggunakan tenaga elektrik yang dijana oleh tenaga fosil. Kesedaran ini akan membentuk sebuah masyarakat marhaen yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Mengikut laporan Earth Hour yang pertama, sebanyak 10.2% CO2 dapat dikurangkan (2 kali ganda jumlah yang hendak dicapai) di bandar Sydney. Sekiranya kita menggunakan tenaga secara efisien setiap hari, sejumlah 70-80% CO2 dapat dikurangkan!


Apa lagi yang boleh dibuat?
Dapatkan maklumat tentang kempen alam sekitar selain daripada Earth Hour. Ambil bahagian dalam program WWF-Malaysia, Malaysian Nature Society (MNS), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dll.

Banyak lagi 'simple act' selain daripada menutup suis yang kita boleh cuba tanpa perlu disuruh oleh yasmin ahmad atau liyana jasmay antaranya,
  • Jimatkan penggunaan kertas, guna 2-2 side untuk print notes atau assignment cewah.
  • Jangan buang sampah merata-rata macam orang tak sekolah, especially yang duduk kat rumah flat yang suka buang dari tingkap rumah. Kalau yang buat begini adalah kawan-kawan anda, sila libas kepala mereka.
  • Compresskan sampah anda, (tin minuman, botol mineral ataupun pelastik)
  • Asingkan sampah yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti bateri, alat solek yang pelik-pelik, laptop, monitor crt atau lcd. Bersimpatilah terhadap pekerja bandaraya yang terkena mercury contamination disebabkan kelemauan orang yang tak bertanggungjawab ini.
  • Jimatkan elektrik. Tutup semua suis lampu yang tak dipakai. Tayah la fancy sangat pakai lampu pelik-pelik kat casing PC. Bil letrik pun kurang, hatiku girang.
  • Yang pakai laptop, tayah overcharge. nanti bateri pun rosak, letrik pun jalan.

Untuk tindakan yang lebih radikal kita juga boleh melakukan seperti di bawah
  • Memaksa Genting Highlands turut serta dalam 60 Earth Hour ni kerana merekalah yang paling banyak membazirkan elektrik.
  • Mendesak Independent Power Plant (IPP) seperti Genting Sanyen, YTL, Malakoff dsb mengeluarkan laporan tahunan dan tunjuksebab mengapa reserve capacity negara kita mencecah 40% dan mengapa tiada alternatif menggunakan tenaga lain selain gas asli walaupun kebanyakan mereka menggunakan warna hijau sebagai warna korporat. (That one is for you, big P).


Jadi silalah menyokong program 60 Earth Hour ini sebagai satu titik permulaan ke arah menyelamatkan planet bumi kita dari kerosakan yang kita lakukan sendiri. Sebagai umat Islam, walaupun perbuatan menutup suis lampu pada hari sabtu ini menyerupai perbuatan dalam agama Judaism iaitu 'Shabbat', kita lakukan dengan kesedaran, dan tak perlulah ada perayaan untuk Earth Hour ini, cukuplah sekadar menutup lampu. Dan cuba lakukan setiap hari sebagai menyahut seruan Rasulullah untuk mengelakkan pembaziran seperti didalam hadis ini,

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).


Dan sebagai bacaan tambahan, saya syorkan buku ini yang boleh didapati di Kinokuniya,KLCC (sebab kat situ la saye baca free). Buku ini menceritakan dengan gaya sinikal tentang isu perubahan klimate dan pemanasan global. Bab 1 menceritakan tentang mengapa kita perlu membunuh koloni lebah untuk mempercepatkan kemusnahan bumi, yang pada saya mustahil untuk kita buat tetapi kesannya sedang berlaku sekarang.


Reactions: