RSS

computer arts issue #10!

malam semalam saya berjalan-jalan ke area wangsa maju lepas selesai kerja printing. oat dan faiz mengajak ke pekanmaya di ukay perdana, ofis cik benny. di sana, saya disambut oleh timbunan buku-buku lama yang nak dijual. dari buku teks flash hinggalah ke majalah interior design hinggalah ke majalah bintang popular (hueh). habis selongkar, saye berkenan dengan buku2 ni:




















animator's workbook - introduction pasal animation. buku ini menerangkan tentang basic drawn animation dari simple motion sampai ke ekspresi muka. agak detail untuk beginner macam saya dan yang penting, disertakan dengan assignment.




















computer art lama2 - tengok kat gambar kecik kat atas. buku ni dipublish pada oktober 1997! masa form 1 lagi hahaha.. maybe time tu guna adobe ps5 lagi kot.. rare!

ada banyak lagi buku-buku rare yang bukan untuk dijual. antara yang paling best adalah anorak magazine dan concept magz dari indonesia. terasa macam langit dan bumi bila dicompare design2 saya dengan designer2 indonesia ni urghh!



















sebelum balik, saya pun mengangkutlah buku-buku ini ke dalam keta dengan harapan balik ni dapat la bukak 1-2 page untuk introduction. tapi bila sampai di rumah, aura malas pun menyerang. sambung balik main fallout 3! dang it!

Reactions: